Kritikan hadiah Hadiah_Nobel

Hadiah Nobel sering menghadapi kritikan selama bertahun-tahun, kerana ramai pihak berpendapat bahawa persetujuan rasmi dan pengiktirafan nama lebih penting daripada pencapaian sebenar dalam proses menentukan penerima Hadiah. Senario sedemikian yang terburuk mungkin berlaku pada tahun 1973 apabila Henry Kissinger dan Le Duc Tho berkongsi hadiah Keamanan kerana membawa keamanan ke Vietnam, sungguhpun Perang Vietnam masih berlarutan ketika itu. Le Duc Tho menolak anugerahnya itu atas sebab yang dinyatakan bahawa keamanan masih belum tercapai. Terdapat juga banyak kritikan terhadap penganugerahan Hadiah Keamanan 1994 kepada Yasser Arafat.

Kegagalan untuk menghargai pencapaian dengan setimpal

Mahatma Gandhi dicalonkan untuk Hadiah Keamanan Nobel sebanyak lima kali antara tahun 1937 dan 1948 tetapi tidak pernah memenanginya. Kaji selidik menunjukkan bahawa Pihak Berkuasa barangkali bercadang untuk menganugerahkan hadiah kepada beliau pada tahun 1948; bagaimanapun, beliau dibunuh pada tahun itu. Jawatankuasa itu dilaporkan mempertimbangkan anugerah anumerta untuk beliau tetapi akhirnya mematahkan hasrat itu, sebaliknya memutus untuk tidak mengurniakan Hadiah Keamanan Nobel kepada sesiapa pada tahun itu.

Peraturan-peraturan ketat yang melarang penganugerahan Hadiah kepada lebih daripada tiga orang sekaligus juga dijadikan titik pertikaian. Jika sesuatu hadiah diberi untuk mengiktiraf satu pencapaian oleh sepasukan lebih daripada tiga rakan usaha sama, maka sudah tentu ada pihak yang terlepas daripada hadiah tersebut. Contohnya, pada tahun 2002, satu Hadiah dianugerahkan kepada Koichi Tanaka dan John Fenn kerana pemajuan spektrometri jisim mereka dalam kimia protein, maka tidak dapat mengiktiraf pencapaian Franz Hillenkamp dan Michael Karas dari Institut untuk Kimia Fizik dan Teori di Universiti Frankfurt.[10]

Begitu juga, peraturan yang melarang penganugerahan anumerta sering gagal mengiktiraf pencapaian penting oleh soerang rakan usaha sama yang didapati meninggal dunia sebelum hadiah dikurniakan. Contohnya, Rosalind Franklin melakukan beberapa perkembangan penting dalam penemuan strukutr DNA pada tahun 1953, namun beliau meninggal akibat penyakit barah ovari pada tahun 1958, maka Hadiahnya dianugerahkan kepada Francis Crick, James D. Watson dan Maurice Wilkins (one of Franklin's collaborators) in 1962.[11]

Kritikan makin menjadi-jadi menyelubungi Hadiah Nobel dalam Fizik 2005, terutamanya pengiktirafan Roy Glauber dan bukan George Sudarshan untuk anugerah terlibat. Meskipun kiraan petikan menunjukkan bahawa kertas kerja 1963 Glauber lebih banyak dijadikan rujukan, naum adalah jelas bahawa kedua-dua mereka memberi sumbangan penting ke dalam bidang-bidang optik kuantum dan teori kepaduan. Di sini lagi, kematian secara tiba-tiba Len Mandel dan Dan Walls yang turut memberi sumbangan besar juga menarik balik kelayakan mereka.

Begitu juga, Hadiah Nobel dalam Kimia 2000 "Untuk penemuan dan pemajuan polimer-polimer organik yang konduksian" mengabaikan penemuan polimer "kompleks peralihan bercas" sama konduksiannya yang lebih awal, laporan Weiss et als 1963 mengenai konduksian tinggi dalam polipirol beroksida yang dibubuh iodin , dan laporan sebelumnya bagi perkakas elektronik organik yang berfungsi dalam keadaan "pasang" konduksian tinggi.

Ketiadaan hadiah matematik

Terdapat beberapa sebab yang berkemungkinan bagi ketiadaan hadiah Nobel untuk matematik. Wasiat Nobel membincangkan hadiah-hadiah untuk penciptaan atau penemuan yang terbesar manfaat amalinya kepada manusia, iaitu kebarangkalian memikirkan kerja praktikal dan bukannya teori. Matematik tidak dianggap sebagai suatu sains praktikal yang boleh dimanfaatkan manusia, iaitu satu tujuan penting bagi Yayasan Nobel.[12]

Satu lagi sebab lain ialah bahawa sudah terdapat satu hadiah Scandinavia yang dikenali untuk ahli matematik. Anugerah matematik yang sedia ada pada masa itu terutamanya dicetuskan oleh hasil kerja Gösta Mittag-Leffler yang menubuhkan Acta Mathematica, iaitu antara jurnal matematik yang terutama di dunia. Dengan pengaruh beliau di Stockholm beliau menggesa Raja Oscar II untuk membiayai pertandingan berhadiah dan menngiktiraf ahli matematik yang cemerlang di seluruh Eropah, termasuk Hermite, Bertrand, Weierstrass, dan Poincaré.

Rujukan

WikiPedia: Hadiah_Nobel http://www.cbc.ca/news/technology/story/2011/10/03... http://www.cs.uwaterloo.ca/~alopez-o/math-faq/node... http://www.idsia.ch/~juergen/nobelshare.html http://almaz.com/nobel/why_no_math.html http://www.britannica.com/nobel/ http://www.cnn.com/SPECIALS/2001/nobel.100/index.h... http://www.drproctor.com/os/weisspaper.pdf http://www.historychannel.com/tdih/tdih.jsp?month=... http://nobelprizes.com/nobel/nobel.html http://www.the-scientist.com/article/display/20931...